PENGENALAN
PAHANG
bukan sahaja merupakan sebuah Negeri Melayu yang terbesar (34, 672 km.
per. segi) di SEMENANJUNG TANAH MELAYU, dan kaya dengan sumber alam
semulajadi, tetapi juga sebuah negeri yang sarat dengan pelbagai
peristiwa sejarah. PAHANG
terbahagi kepada ULU PAHANG dan HILIR PAHANG. Pembahagian
ini ditandai oleh oleh kewujudan sungai utama, yakni SG. PAHANG (HILIR
PAHANG) dan anak Sg. Pahang, yakni SG. JELAI (ULU PAHANG), dan SG.
TEMBELING.
Ulu Sg. Pahang terletak di pertemuan muara SG. TEMBELING dan muara SG. JELAI.
FOTO 1 :
ULU SG. PAHANG : PERTEMUAN MUARA SG. TEMBELING-MUARA SG. JELAI
(Kuala Tembeling)
Penduduk
ULU PAHANG terawal terdiri daripada kumpulan manusia MESOLITIK (Orang
Asli Etnik : Negrito dan Senoi - 11,000 tahun yg lalu), NEOLITIK (Melayu
Purba@Melayu Asli - 5,000 tahun yg lalu), dan MELAYU-PESISIR
(Melayu-Deutro - nenek moyang orang Melayu sekarang - 2,000 tahun yg
lalu) sebelum kedatangan dengan jumlah yang besar ORANG MELAYU MELAKA (abad ke-15M), dan kemudiannya ORANG MINANGKABAU (abad ke-16M).
Pada zaman SULTAN ABDUL GHAFUR MUHIYUDDIN SHAH (Sultan Pahang XII, 1592-1614M), PAHANG mula dibahagikan kepada 5 daerah di bawah pemerintahan dan pentadbiran ORANG BESAR PAHANG yang dilantik.
ULU PAHANG (Ulu Pahang - Seri Maharaja Perba@Maharaja Perba)
HILIR PAHANG (Temerloh - Maharaja Putera ; Cenor - Maharaja Indera Pahlawan, dan Pekan - Syahbandar), dan TEMBELING (Lembah Tembeling - Raja Muda Pahang).
Pada zaman SULTAN ABDUL GHAFUR MUHIYUDDIN SHAH (Sultan Pahang XII, 1592-1614M), PAHANG mula dibahagikan kepada 5 daerah di bawah pemerintahan dan pentadbiran ORANG BESAR PAHANG yang dilantik.
ULU PAHANG (Ulu Pahang - Seri Maharaja Perba@Maharaja Perba)
HILIR PAHANG (Temerloh - Maharaja Putera ; Cenor - Maharaja Indera Pahlawan, dan Pekan - Syahbandar), dan TEMBELING (Lembah Tembeling - Raja Muda Pahang).
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU PURBA
Bermula
abad 1M hingga abad 12M memperlihatkan kewujudan KERAJAaN-KERAJAAN MELAYU
PURBA (PraMelaka) di ALAM MELAYU@NUSANTARA.
1M
1M
Muncul KERAJAAN MELAYU LANGKASUKA yang berpusat di LANGKASUKA (Patani Sekarang) - utara Semenanjung TANAH MELAYU.
200M
Muncul
pula KERAJAAN MELAYU FUNAN yang telah berjaya menakluki Tun Sun,
Kou-Lo-Tan (Kelantan), Tambralingga (Utara Langkasuka), Langkasuka dan
Kataha (Kedah).
500M
KERAJAAN
MELAYU LANGKASUKA di bawah Raja Bhagadatta kembali menjadi kerajaan
yang kuat mengalahkan KERAJAAN MELAYU FUNAN. Meskipun begitu, NEGERI
PAHANG tidak termasuk dalam wilayah Takluk Jajahan Langkasuka.
Dalam
period ini, perkampungan nelayan yang terletak di muara Sungai Pahang
(PAHANG) mula dikenali oleh para pedagang, pengembara, dan pelaut
sebagai PURA di bawah penguasa tempatan bergelar KETUA.
Sekitar
period ini juga, KERAJAAN KHMER (Siam-Asli) telah melakukan ekspedisi
daratan ke jajahan takluknya di sebelah selatan untuk menguasai Alam
Melayu (Nusantara), dan memasuki Pahang.
Di
ULU PAHANG - Di Lembah Sg. Jelai, Sg. Lipis, Sg. Bertam, Sg. Budu, Sg.
Teka, Sg. Telang, Sg. Kechau, Sg. Tanum, Sg. Koyan, Sg. Jelai Kecil, Sg.
Serau, dan Sg. Telum penghuni majoritinya dipercayai Orang Asli
Subetnik Semai (Etnik Senoi) dan sedikit Orang Asli Etnik Negrito. Pola
petempatan terawal penduduk ketika itu ialah di tebing-tebing sungai,
dan segelintirnya di daratan. Masyarakat primitif ini yg lazimnya antara
5-50 orang akan diketuai oleh seorang ketua yg dikenali sebagai TOK
BATIN. Orang Melayu-Pesisir@Melayu-Deutro sudah ada di Ulu Pahang,
tetapi jumlahnya terlalu sedikit kerana hampir semua petempatan dihuni
oleh Orang Asli.
Kemudian,
masuk pula orang Khmer (Siam-Asli) ke Pahang meskipun jumlahnya agak
kecil. Misi mereka ialah mencari sumber galian yang penting, yakni
"emas" dan "timah". LOMBONG EMAS di SELINSING (Ulu Jelai), di KECHAU TUI
(Kechau), dan PENJOM (Kuala Lipis) dipercayai sudah ditemui sejak 500M
lagi.
900M
KERAJAAN
MELAYU SRIWIJAYA yang disokong kuat oleh ORANG LAUT telah mendominasi
banyak negeri di ALAM MELAYU, termasuk PURA (Tanjung Pahang - Pahang).
943M
Mas'udi
dalam bukunya, "Muruj al-Dharab" yang memerihal mengenai KERAJAAN
MELAYU SRIWIJAYA dan Jajahan takluknya turut melaporkan bahawa di
Pahang, yakni merujuk di pinggir pantai di Kuala Pahang ada orang-orang
yang disebut "Fanjab" (Pahang) atau "Orang Laut" berambut ikal, badannya
berbentuk ganjil, menggunakan panah beracun, menggunakan perahu-perahu
kecil datang mengelilingi kapal-kapal yang singgah. Mas'udi juga
melaporkan bahawa di Negeri Kalah (Pahang) ini juga kononnya terdapat
tanah-tanah yang mengandungi "timah", "perak", dan "emas".
1170M
Muncul KERAJAAN MELAYU SINGAPURA (Temasik) di bawah pemerintahan SERI TERI BUANA (Raja Singapura I, 1170-1217).
1200M
Memperlihatkan
tanda-tanda kemerosotan KERAJAAN MELAYU SRIWIJAYA natijah kemunculan
kerajaan baru seperti KERAJAAN SUKHOTAI (Siam - sebelah utara) dan
KERAJAAN MELAYU MAJAPAHIT (selatan).
1217M
KERAJAAN
MELAYU SINGAPURA berada di bawah pemerintahan PADUKA SERI PIKRAMA WIRA
(Raja Singapura II, 1217-1232), putera Seri Teri Buana.
1230M
Raja
Chanderabhanu (Raja Melayu) yang berkerajaan di Ligor - Siam) telah
berusaha mengembangkan kuasa dan pengaruhnya ke negeri-negeri di
Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Pahang. Sekitar period ini,
orang-orang Melayu-Siam Ligor mula melakukan ekspedisi daratan melalui
Kelantan dan ke Pahang melalui Ulu Pahang, dan seterusnya ke Hilir
Pahang. Misi utama mereka ialah memperluaskan kuasa dan pengaruh
Kerajaan Melayu Ligor di Semenanjung Tanah Melayu, dan rantau Nusantara
di samping mencari sumber-sumber baru ekonomi seperti "emas" dan "bijih
timah" seperti yang terbukti kemudiannya.
1232M
KERAJAAN
MELAYU SINGAPURA berada di bawah pemerintahan SERI RANA WIKRAMA (Raja
Singapura III, 1232-1241M), putera Paduka Seri Pikrama.
1244M
KERAJAAN MELAYU SINGAPURA berada di bawah pemerintahan PADUKA SERI MAHARAJA (Raja Singapura IV, 1244-1257M).
1257
KERAJAAN
MELAYU SINGAPURA BERADA di bawah pemerintahan SERI ISKANDAR
SHAH@PARAMESWARA (Raja Singapura V, 1257-1260M), seorang putera dari
Palembang (Seriwijaya). Di akhir pemerintahannnya SINGAPURA telah
diserang dan dialahkan oleh JAWA - lalu Seri Iskandar Shah@Parameswara
melarikan diri ke Muar dan berkerajaan di sana selama 2 tahun.
1262M
SERI ISKANDAR SHAH@PARAMESWARA telah membuka dan mengasaskan NEGERI MELAKA.
1292M
Kerajaan
Melayu Ligor@Kerajaan Melayu Tamberalingga telah ditakluk oleh Raja
Khamberg (Raja Siam-Sukhotai), lalu Ligor diubah namanya kepada Nakhon
Seri Tammarat. Situasi ini memungkinkan "Bangsawan Melayu-Ligor" mencari
perlindungan ke tempat lain ke selatan hingga ke Pahang.
PAHANG TUA
1378M
Menurut
riwayat China, sudah ada RAJA PAHANG yang memerintah dan bersemayam di
Tanjung Pahang (Pekan) dengan memakai gelaran "MAHARAJA TAJAU@MAHARAJA TANJUNG". Baginda menghantar ufti ke Negeri China.
1411M
Ada seorang RAJA PAHANG yang bergelar "PERMAISURA" telah mendirikan kerajaan di Telok Cini (Pekan).
1440M
MAHARAJA DEWA SURA berketurunan Raja-Raja Ligor (Siam) telah mendirikan kerajaan
di TANJUNG LANGGAR (Pekan), dan memerintah PAHANG. Ulu Pahang dan Hilir
Pahang ketika itu berada di bawah pengaruh dan autoriti Kerajaan Siam.
Dalam period ini, tidak diragui ramai orang-orang Siam keturunan Ligor
telah masuk ke Pahang menjadi pengikut setia Maharaja Dewa Sura, dan
menjadi pekerja di "lombong-lombong emas" di Ulu Pahang, dan juga di
Hilir Pahang.
1456M
Sultan
Mansur Shah ibni Sultan Muzaffar Shah (Sultan Melaka VII, 1456-1477M)
yang baru naik takhta memerintahkan Bendahara Paduka Tun Perak
(Bendahara Melaka) dan Panglima Perang Seri Bija Diraja Tun Hamzah
(Dato' Bongkok) menyerang "Pura" (Pekan).
Mulai
period inilah, "Orang Melayu Melaka" yang terdiri daripada para
bangsawan, para hulubalang, dan dan rakyat jelata Melaka memasuki Pahang
melalui Ulu Muar, Serting, Penarikan, Bera menuju Hilir Pahang atau ke
Ulu Pahang untuk menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru.
Berbanding
Hilir Pahang, ULU PAHANG lebih banyak sumber kekayaan yang boleh
diperolehi seperti "emas", "kayu gaharu", dan hasil-hasil hutan, serta
sumber semula jadi di Sg. Jelai, Sg. Lipis, Sg. Kechau, Sg. Tanum, Sg.
Jelai Kecil, Sg. Serau, dan Sg. Telum. IKAN PATIN dan IKAN KELAH
merupakan spesies ikan yang cukup banyak dan diminati ketika itu, hatta
sekarang pun.
Tidak
syak lagi, KG. MELAKA yang terletak di Kechau - Kuala Lipis) telah
dibuka dan diberi nama oleh "Orang Melayu Melaka" - yang mudik, dan
masuk ke Sungai Kechau untuk mencari "emas". Sungai yang dimasukinya
juga dinamakan Sungai Melaka.
1457M
Setelah
Maharaja Dewa Sura (Pembesar Siam) tewas dalam "Perang Melaka-Pahang"
(145^M), maka Panglima Perang Seri Bija Diraja Tun Hamzah dilantik
sebagai ORANG BESAR PAHANG yang mempunyai autoriti memerintah Hilir
Pahang dan Ulu Pahang. Dalam konteks ini, Seri Bija Diraja Tun Hamzah
akan mengadap Raja Melaka setiap tahun untuk mempersembahkan "ufti"
dalam bentuk "emas". Salah satu tempat utama untuk memperolehi emas
ialah di SELINSING (Ulu Jelai - Ulu Pahang) meskipun ketika itu terpaksa
menempuh perjalanan yang jauh dan penuh bahaya.
Namun
begitu, semasa Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Mansur Shah (Sultan
Pahang I, 1470-1475M - zuriat langsung Raja Melaka) dirajakan di Pahang,
dan bersemayam di PURA (Pekan), maka secara teoritisnya seluruh PAHANG
dan JAJAHAN TAKLUKNYA (Hilir Pahang dan Ulu Pahang) berada dalam
autoriti mutlak baginda.
Penghijrahan
Sultan Muhammad Shah bersama 100 orang lelaki dan 100 orang wanita
keturunan orang Melayu Melaka menjadikan penduduk Pahang sejak tahun
1475M telah memperlihatkan berbilang keturunan terdiri daripada orang
Mesolitik (Etnik : Negrito & Senoi), Neolitik (Melayu
Purba@Melayu-Asli), dan Melayu Pesisir@Deutro-Malays. Pada tahap awal,
semua kumpulan etnik ini dipercayai membuat petempatan di sepanjang
lembah Sg. Pahang, Sg. Jelai, dan Sg. Tembeling.
RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA-RAJA MELAKA
SULTAN MUHAMMAD SHAH (SP I, 1470-1475M)
SULTAN AHMAD SHAH (SP II, 1475-1494M)
SULTAN ABDUL JAMIL SHAH (SP III, 1494-1512M)
SULTAN MANSUR SHAH (SP IV, 1512-1519M)
SULTAN MAHMUD SHAH (SP V, 1519-1530M)
SULTAN MUZAFFAR SHAH (SP VI, 1530-1545M)
SULTAN ZAINAL ABIDIN (SP VII, 1546-1555M)
SULTAN MANSUR SHAH II (SP VIII, 1555-1560M)
SULTAN ABD JAMAL SHAH (SP IX, 1560-1580M)
SULTAN ABDUL KADIR (SP X, 1580-1590M)
SULTAN AHMAD (SP XI, 1590-1591)
Sewaktu
SULTAN AHMAD IBNI SULTAN ABDUL KADIR (Sultan Pahang XI, 1590-1591M -
zuriat langsung Raja Melaka) naik takhta Pahang, dan bersemayam di
Pekan, berlaku kebanjiran masuk beramai-ramai orang-orang Melayu
keturunan Minangkabau melalui Ulu Muar, Bera dan Triang ke Negeri
Pahang, dan mereka mula membuat petempatan di sepanjang Sg. Pahang, Sg.
Jelai, dan Sg. Tembeling. Di Sg. Jelai, orang-orang Melayu Minangkabau
ini membuat petempatan bermula dari muara Sg. Jelai (pertemuan ulu Sg.
Pahang dan muara Sg. Tembeling) hingga jauh ke pedalaman LIPIS dan JELAI
di sebelah utara.
SULTAN ABDUL GHAFUR MUHIYUDDIN SHAH (SP XII, 1592-1614M)
Sewaktu
Pahang dalam pemerintahan Sultan Abdu Ghafuur Muhiyuddin Shah, pada Jun
1613 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Raja Aceh) telah menyerang dan
menawan Johor. Sultan Alauddin Riayat Shah III@Raja Mansur, Raja
Abdullah (adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III), dan BENDAHARA JOHOR
TUN SERI LANANG telah dibawa ke Aceh.
1614M
Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah dan puteranya, Raja Abdullah telah mangkat (1614M) diracun oleh putera sultan yang jahat lakunya. Dengan kemangkatan kedua-dua Putera Pahang ini, maka BERAKHIRLAH PEWARIS RAJA-RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA-RAJA MELAKA. Sementara itu, Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Johor-Riau) telah dibenarkan oleh Raja Aceh kembali memerintah Johor-Riau.
RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA JOHOR-RIAU
1615M
RAJA BUJANG (Putera SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III - Raja Johor-Riau) telah dihantar untuk menerajui TAKHTA PAHANG menggantikan Putera Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (SP XII, 1592-1614M) yang merampas kuasa.
1618M
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH (Raja Aceh Ke-22, 1607-1636M) telah menyerang PEKAN (Hilir Pahang), dan menakluk Pahang setelah RAJA PAHANG kalah berperang. Meskipun begitu, sewaktu serangan dan penaklukan Pahang oleh RAJA ACEH ini, ULU PAHANG, khasnya JELAI dan LIPIS di bawah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHAJA PERBA tidak tergugat sama sekali kerana lokasi Ulu Pahang yang terlalu jauh di pedalaman lagi penuh berbahaya.
FOTO 2 :
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
RAJA ACEH KE-22, 1607-1636M
Serangan dan Penaklukan oleh ACEH terhadap HILIR PAHANG, terutama KOTARAJAPEKAN menyebabkan ramai para Pembesar Pahang, para Pahlawan@Panglima Pahang, dan rakyat jelata yang terbunuh di samping 10,000 orang rakyat Pahang dibawa ke ACEH. Sebahagian rakyat HILIR PAHANG juga tidak diragui lari menyelamatkan diri ke ULU PAHANG menyusur Sg. Jelai dari TEMBELING mudik ke hulu mauk ke wilayah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA@TO' RAJA, dan menyebabkan jumlah rakyat di ULU PAHANG semakin ramai.
Waktu ini jugalah SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA dipecayai memperkuatkan benteng pertahanan Ulu Pahang, khasnya di JELAI dengan melatih Pahlawan-Pahlawan Jelai yang gagah perkasa. Waktu ini jugalah pelbagai jenis PENCAK SILAT diajar dan dikembangkan oleh Mahaguru-Mahaguru Silat.
1620M
PUTERI SAFIATUDDIN, puteri hasil perkahwinan SULTAN ISKANDAR MUDA-PUTERI SENDI RATNA INDRA kemudiannya dikahwinkan dengan RAJA MUGHAL (Putera Pahang).
1621M
Setelah menjadi menantu Sultan Iskandar Muda, RAJA MUGHAL (Putera Pahang) diangkat menjadi PUTERA MAHKOTA ACEH.
Lewat peristiwa ini, SULTAN ISKANDAR MUDA telah menikahi PUTERI KAMALIAH@JAMALIAH (Permaisuri Sultan Ahmad - Pahang) setelah Sultan Ahmad bersetuju untuk menceraikan isterinya, manakala SULTAN AHMAD - PAHANG pula bersetuju untuk menikahi PUTERI SENDI RATNA INDRA (Permaisuri Sultan Iskandar Muda) setelah Raja Aceh itu menceraikan isterinya.
Sebagai bukti cinta SULTAN ISKANDAR MUDA kepada PUTERI PAHANG, yakni PUTERI KAMALIAH@JAMALIAH, Baginda telah membina sebuah TAMAN yang dikenali sebagai BANGUNAN GEGUNONGAN@TAMAN PUTERI PAHANG.
FOTO 3 :
TAMAN PUTERI PAHANG - BANDA ACHEH
TAMAN PUTERI PAHANG - BANDA ACHEH
Dalam hal ini,
tidaklah berlebih-lebihan dikatakan bahawa sebahagian daripada
nenek-moyang penduduk Aceh sekarang (abad ke-21M) terdiri daripada
RAKYAT PAHANG yang ke Aceh itu. Justeru, sejak abad ke-17M bermulalah
hubungan SOSIO-POLITIK dan SOSIO-BUDAYA antara ACEH-PAHANG.
1636M
RAJA MUGHAL (Putera Pahang) telah didaulatkan sebagai RAJA ACEH kE-23 dengan gelaran SULTAN ISKANDAR THANI (1636-1641M). Baginda seorang raja yang adil, berilmu dan kebijaksanaannya bersandar kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.
1641M
SULTAN ISKANDAR THANI@RAJA MUGHAL - RAJA ACEH (PUTERA PAHANG) telah mangkat, dan jenazah baginda disemadikan dI MAKAM RAJA-RAJA SEMENANJUNG TANAH MELAYU (Berhampiran dengan TAMAN PUTERI PAHANG).
FOTO 4 :
MAKAM SULTAN ISKANDAR THANI@RAJA MUGHAL - PUTERA PAHANG (1641M)
BANDA ACEH
BANDA ACEH
15 FEBRUARI, 1641M
Setelah SULTAN ISKANDAR THANI@RAJA MUGAL - RAJA ACEH KE-23 (PUTERA PAHANG) mangkat dan selamat disemadikan, maka pewaris TAKHTA ACEH dissandang oleh SULTANAH SERI RATU TAJUL ALAM SAFIATUDDIN JOHAN BERDAULAT (Permaisuri Al-Marhum Sultan Iskandar Thani@Raja Mughal). Semasa pemerintahan Ratu Tajul Alam Safiatuddin, Baginda tidak lagi berminat menguatkuasakan haknya terhadap Pahang.
FOTO 5 :
SULTANAH SERI RATU TAJUL ALAM SAFIATUDDIN JOHAN BERDAULAT
(Permaisuri Al-Marhum Sultan Iskandar Thani@Raja Mughal).
RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA JOHOR-RIAU
1641M
SULTAN ABDUL JALIL SHAH III@RAJA BUJANG (RAJA JOHOR-RIAU, 1623-1677M) telah melantik RAJA BAJAU IBNI ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MA'AYAT SHAH sebagai YAMTUAN MUDA (RAJA MUDA), bersemayam di PEKAN (PAHANG) dan memerintah PAHANG.
1663-1674M
Berlaku PERANG PAHANG-JAMBI ekoran pembatalan pertunangan dan perkahwinan RAJA BAJAU - PUTERI JAMBI.
1676M
YAMTUAN MUDA RAJA BAJAU yang memerintah Pahang telah mangkat. Almarhum Raja Bajau telah meninggalkan seorang putera bernama RAJA IBRAHIM, hasil perkahwinan RAJA BAJAU-PUTERI (Anak Laksamana Tun Abdul Jamil - Laksamana Johor-Riau).
1677M
SULTAN ABDUL JALIL SHAH@RAJA BUJANG - RAJA JOHOR-RIAU telah mangkat. Putera Al-Marhum Raja Bajau yang bernama RAJA IBRAHIM telah diangkat sebagai RAJA JOHOR-RIAU bersemayam di Pahang, dan kemudiannya bersemayam di Riau dengan gelaran SULTAN IBRAHIM SHAH (1677-1685).
1679M
SULTAN IBRAHIM SHAH - RAJA JOHOR RIAU (1677-1685M) yang bersemayam di Riau menitahkan bapa mertuanya, LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan Daeng Mengika dengan membawa 300 buah perahu menyerang dan mengalahkan KERAJAAN JAMBI. Mula dari tarikh ini LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL menjadi orang yang paling berkuasa dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU.
1685M
SULTAN IBRAHIM SHAH - RAJA JOHOR-RIAU mangkat kena racun di Riau. Takhta Johor-Riau diwarisi oleh putera almarhum yang bernama RAJA MAHMUD (10 tahun) dengan gelaran SULTAN MAHMUD SHAH III (RAJA JOHOR-RIAU X, 1685-1699M). Memandangkan Sultan Mahmud Shah III masih kecil, maka orang berkuasa dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU, termasuk PAHANG ialah PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL.
KAWASAN LIPIS
Mitos Kata Nama "LIPIS"
Mitos
Klasik menyatakan bahawa sebutan asal kata nama "Lipis" itu ialah
"Lepeh". "Lepeh" itu pula asalnya daripada kata perbuatan "melepeh" yang
membawa makna menganyam, menjalin atau melipat. Mengikut yang empunya
cerita, dahulukala sebelum PEKAN LIPIS dibuka (1863M), kawasan Lembah
Sg. Lipis banyak terdapat "Pokok Pedor". Pada satu ketika, TUN IBRAHIM,
seorang Bangsawan dan Panglima keturunan Melaka (berhijrah dari Johor ke
Patani, ke Terengganu, dan akhir ke Pahang - menyusuri Sg. Pahang dan
Sg. Jelai hingga ke muara Sg. Lipis) yang sedang membuka
petempatan baru di Tanjung Lipis dan membuat kediaman di sana
memerintahkan para pengikutnya mengambil "Daun Pedor" untuk dibuat atap
rumah dengan cara "melepeh" (melipat daun pedor menjadi separuh pelepah
sahaja). Daripada kata "melepeh" ini, para pengikut menamakan tempat
mereka membuat petempatan itu "Lepeh". Sungai yang menjadi lebuh raya
ketika itu juga dinamakan "Sungai Lepeh". Perubahan sebutan "Lepeh"
menjadi "Lipis" mengikut allahyarham Cikgu Ahmad Kotot (Novelis Lipis),
akibat pelat lidah orang putih seperti yang dieja dalam Pelan Topo 1929.
FOTO 6 :
LOKASI ASAL KUALA LIPIS : PERTEMUAN MUARA SG. LIPIS-SG.JELAI
Mitos
Kedua Klasik menyebut bahawa asal katanama "Lipis" dikaitkan dengan
spesies tumbuhan yang dikenali sebagai "Serau Lipis" atau nama
saintifiknya "Paveta Indica". Spesies tumbuhan ini dahulukalanya
dikatakan banyak tumbuh melata di sepanjang tebing Sg. Lipis, tetapi
sekarang spesies tumbuhan ini tidak lagi dijumpai.
Mitos Klasik ini dapat dibaca di MUZIUM WARISAN LIPIS.
1863M
WAN AHMAD IBNI AL-MARHUM BENDAHARA TUN ALI telah memenangi PERANG SAUDARA (1857-1863M) mengalahkan kekandannya BENDAHARA TUN MUTAHIR. Dengan sokongan kuat ORANG BESAR EMPAT PAHANG, terutama Dato' (Engku) Wan Idris bin Dato' Wan Muhammad (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Ke-5), WAN AHMAD, putera Bendahara Tun Ali itu diangkat sebagai BENDAHARA PAHANG dengan gelaran BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD (Keturunan langsung Bendahara Johor-Riau). Beliau juga merupakan BENDAHARA PAHANG terakhir.
FOTO 7 :
BENDAHARA SEWA RAJA WAN AHMAD IBNI AL-MARHUM BENDAHARA TUN ALI
(BENDAHARA PAHANG TERAKHIR 1863-1882)
1863M
PEKAN
KUALA LIPIS mula dibuka oleh Dato' MAHARAJA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD
BIN WAN PAHANG (ORANG KAYA HAJI) sebaik sahaja beliau menerima anugerah
dan autoriti memerintah Lembah Sungai Lipis daripada almarhum BENDAHARA
SEWA RAJA WAN AHMAD IBNI BENDAHARA TUN@WAN ALI (Bendahara Pahang
terakhir keturunan Bendahara Johor-Riau), dan membuat kediaman di
pertemuan muara Sg. Lipis dan Sg. Jelai (Tapak Kediaman Pegawai Daerah
Lipis sekarang). Dato' MAHARAJA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD BIN WAN PAHANG sepupu dengan Dato' (Engku) WAN MUHAMMAD Dato' OKIMPJ Wan Idris.
1882M
1882M
Dato'
(Engku) Wan Muhammad Dato' OKIMPJ Wan Idris dilantik oleh Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang Moden I, 1882-1914 -
keturunan Bendahara Johor-Riau) sebagai ORANG KAYA INDERA MAHARAJA PERBA JELAI (OKIMPJ Ke-6) sekaligus sebagai "Al-Wakil
Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah" (Baginda Sultan Pahang).
Mengenai Dato' (Engku) Wan Muhammad Dato' OKIMPJ Wan Idris, Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah menulis (1898) :
1888M
FOTO 8 :
YDH DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN IDRIS - OKIMPJ KE-6, 1882-1919M
(ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG)
YDH DATO' (ENGKU) WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN IDRIS - OKIMPJ KE-6, 1882-1919M
(ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG)
Mengenai Dato' (Engku) Wan Muhammad Dato' OKIMPJ Wan Idris, Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah menulis (1898) :
"........He is (Dato' Wan Muhammad Dato' Wan Idris) the fore-most of all the Chiefs, Warriors, and Head-men; his rank is higher than that of all the said Chiefs (Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan, dan Orang Kaya Indera Syahbandar); his influnence extended from Tanjung Lindung (Tembeling) upwards; in the old days he was the associate of princes.......". (Linehan W., A History of Pahang, 1973 : 197)Sehubungan itu, dalam analisisnya terhadap kedudukan ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG Ini pada zaman tradisional, Linehan turut menukilkan :
".......To' Raja (Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai), controlling a bigger stretch of territory, including gold-mines, and living at a greater distance (di Jelai) from the capital (Pekan) than the other Chiefs (di Temerloh, Cenor dan Pekan), wielded far greater power." (Linehan W., A History of Pahang, 1973 : 197)Sebagai "Al-Wakil Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah" di Ulu Pahang, Baginda bersetuju Dato' (Engku) Wan Muhammad Dato' (Engku) Wan Idris menggunkan "Cap Mohor" dalam semua urusan pemerintahan, pentadbiran, dan hal-ehwal politik.
FOTO 9 :
CAP MOHOR DATO' (ENGKU)WAN MUHAMMAD DATO' (ENGKU) WAN IDRIS
(OKIMPJ KE-6, 1882-1919M)
1888M
MASJID
NEGERI PAHANG (PEKAN LIPIS) siap dibina untuk kegunaan komuniti Muslim
tempatan. Masjid
yang bersejarah ini telah dibina atas inisiatif pengasasnya : SYED HABIB
HASSAN@SYED HASSAN BIN AHMAD BIN ZAIN AL-ATTAS (Nasab bersambung
sehingga kepada Rasulullah SAW). Beliau dilahirkan dalam tahun 1832 di
Kg. Maulana (Pekan) berhampiran dengan kediaman Bendahara Sewa Raja Tun
Ali (Bendahara Pahang).
FOTO 10 :
SYED HABIB HASSAN AL-ATTAS
(ULAMAK, PENDAKWAH, PEDAGANG - PAHANG)
SYED HABIB HASSAN AL-ATTAS
(ULAMAK, PENDAKWAH, PEDAGANG - PAHANG)
Bekas MASJID NEGERI PAHANG ini (1888-2012) masih kekal hingga sekarang dalam usia lebih kurang 124 Tahun. Kini, masjid ini dinamakan MADRASATUL FIRDAUS di bawah pengelolaan PERSATUAN INDA-MUSLIM LIPIS.
1889M
Apabila
ULU PAHANG diisytiharkan sebagai sebuah "daerah" di PAHANG, maka PEKAN
LIPIS menjadi fokus dalam Pentadbiran British di Pahang.
1889M
Dato'
MAHARAJA SETIA RAJA HAJI WAN DAUD BIN WAN PAHANG atau ORANG KAYA HAJI
difitnah oleh pihak Kolonial British. Meskipun beliau cuba
mempertahankan dirinya, tetapi akhirnya beliau tewas juga kepada
kehendak takdir, dan berjaya dibunuh akibat daripada fitnah tersebut.
Peristiwa ini ialah salah satu strategi British untuk melemahkan elit
politik tradisional Pahang ketika itu.
1890M
PEKAN
KUALA LIPIS mula dinaiktaraf sebagai BANDAR KUALA LIPIS oleh pihak
Kolonial British. Rekabentuk bangunan Bandar Kuala Lipis
diklasifikasikan jenis : art deco, utilitarian, sino-palladian, dan
straits eclectic.
1898M
Pada 10 Julai, 1898, SEKOLAH
MELAYU TG. BESAR telah didirikan dilokasi asalnya di Bukit Bayam (Tg. Besar) atas inisiatif TOK SETIA ISMAIL BIN MAULUD (PENGHULU TG. BESAR). Bangunan asasl telah dibuat oleh orang-orang kampung dengan keluasan kira-kira 80 kaki panjang dan 40 kaki lebar, beratapkan daun bertam, berdindingkan buloh beranyam, dan lantainya pula daripada papan yang betarah dengan jumlah murid mulanya seramai 32 orang berusia antara 16-20 tahun. Mata pelajaran utama yang diajar ialah JAWI dan ILMU HISAB. Alat tulis yang digunakan oleh murid-murid ialah papan batu dan kalam batu. Guru pertama dan tinggal di sekolah itu untuk mengajar ialah CIKGU AHMAD BIN ABD KADIR@AHMAD KIDAL yang berasal dari Singapura. SEKOLAH MELAYU TG BESAR merupakan SEKOLAH MELAYU PERTAMA didirikan bagi
memulakan pendidikan anak-anak Melayu di KAWASAN LIPIS di bawah SISTEM RESIDEN BRITISH di PAHANG.
1910M
Pejabat Pos Kuala Lipis siap dibina di Bandar Kuala Lipis.
1913M
Clifford School yang lokasinya berhampiran Sg. lipis dibina siap dibina.
1914M
SK
BATU YON telah didirikan di Kg. Bukit Betong (sekarang), dan dibuka
untuk anak-anak Melayu tempatan, dan sekitarnya ketika itu. SK BATU YON
didirikan atas inisiatif pengasasnya : YDH Dato' ORANG KAYA INDERA
MAHARAJA PERBA JELAI (ENGKU) WAN MUHAMMAD BIN Dato' OKIMPJ WAN IDRIS
(OKIMPJ KE-6, 1882-1919).
Kini, SK BATU YON hampir mencapai usianya 100 TAHUN (1914-2014).
1919M
Kompleks Pentadbiran Daerah Lipis siap dibina di Kuala Lipis.
1920M
Rumah Kediaman Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) siap dibina di Kuala Lipis.
1922M
Rumah Kediaman Residen British siap di bina di atas Bukit Residen - Kuala Lipis.
1926M
Stesyen Keretapi Kuala Lipis siap dibina.
1929M
Rumah
Kediaman Pegawai Daerah siap dibina di atas tapak rumah kediaman
allahyarham Dato' Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang
(Orang Kaya Haji).
CLIFFORD SCHOOL yang lokasinya berhampiran Sungai Lipis pernah digunakan sebagai MARKAS POLIS TENTERA JEPUN (KEMPEITAI).
Sumber Primer
Abd Latif Hj Juffri dan Masnorindah Mohd Masry (2010), 40 Tokoh Ulama Johor, Johor : Majlis Agama Islam Johor.
Buyong Adil (1972), Sejarah Pahang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hjh. Pocut Haslinda Teuku Hamid Azwar (2011), Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh, Jakarta Selatan : Yayasan Tun Seri Lanang.
Buyong Adil (1972), Sejarah Pahang, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hjh. Pocut Haslinda Teuku Hamid Azwar (2011), Silsilah Raja-Raja Islam Di Aceh, Jakarta Selatan : Yayasan Tun Seri Lanang.
Hj. Mohd Salleh Husin - generasi ke-11 keturunan langsung TUN IBRAHIM - Kg. Koi, Damak, 27000, Jerantut, Pahang DM.
Linehan, W. (1973), A History of Pahang, Kuala Lumpur : Reprinted For The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS).
Majlis
Daerah Lipis (Jun, 2009), Rancangan Khas Bandar Kuala Lipis, Penerbit :
Majlis Daerah Lipis, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung
Malaysia.- Kuantan.