Selasa, 1 Oktober 2013

BAGINDA DEMU@RAJA MUHAMMAD : PUTERA ULU PERAK DI ULU PAHANG

Sewaktu HANG TUAH disisihkan dari Istana Melaka akibat fitnah Pembesar Melaka, maka pergilah Hang Tuah ke Hulu Melaka.  Dari sini, beliau juga sebenarnya pergi ke Hulu Perak. Di Hulu Perak, Pahlawan Melayu yang dianiaya ini telah berkahwin dengan seorang istana kakitangan Istana PerAK bernama HALIMAH. 

Hasil Perkahwinan HANG TUAH-HALIMAH telah melahirkan 4 orang anak bernama :
(1) Mas Ada , (2) Seri Dewi, (3) Mat Saaih, dan (4) Hang Semaun.  Mas Ada berkahwin dengan Bendahara Perak, lalu melahirkan seorang anak bernama Tok Temu.  Seri Dewi berkahwin dengan RAJA MAHMUD (YANG DIPERTUAN NEGERI PERAK).  Mat Saaih tidak dapat dikesan, tetapi ada khabar bahawa keturunannya di Kerdau (Pahang).  Hang Semaun pula, keturunannya dikatakan berada di Ulu Pahang (Raub & Lipis), dan Hilir pahang (Langgar - Pekan).

Hasil perkahwinan SERI DEWI-RAJA MAHMUD telah melahirkan putera sulong yang diberi nama RAJA MUHAMMAD atau nama timang-timangannya  BAGINDA DEMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan